Friday, 17 January 2014

LIFELESS ?

Assalamualaikum

woiiii lama nya tak update blog.okay , penanam anggur terhormat, korang semua buat apa lepas SPM ni ?
Aku kerja tanam anggur je, tapi anggur tak jadi jadi pun. ehem kehidupan after SPM aku takde lah lifeless sangat sebenarnya.Aku agak busy (ececeh, sebenarnya tak la sangat) . Sebelum habis SPM kemain lagi plan macam macam. Nak shopping puas puas lah (maklumlah,masa SPM ,family aku keluar shopping aku je duk rumah menghadap buku teks Biology yang tahape hape tu ha) .ecewah kononnya lepas habis SPM, turn aku pulak shopping puas puas. WELL , YOU KNOW GIRLS RIGHT ? Kalau tak shopping, bukan perempuan namanya tapi pon.. dan.. eh gurau gurau.

Okay soooo apa aku buat lepas SPM ni ? Kerja ? Shopping ? Belajar memasak ? Belajar menjahit ? and soo onnn lah.
hikhik dup dap dup dap *konon buat buat gementar sikit*


Aku ada la usaha cari kerja jugak. Merata tau aku cari kerja , tapi payah gila kau tau tak. At first I thought cari kerja ni macam senang jee ewah ewah kau tak tau ke betapa susahnya ayah kau bagi makan kau haaa ? First kedai aku pergi tanya, kedai kasut. Kedai kasut tu besar jugak lah, tapi nampak pekerja dia macam sikit je. nampak macam perlukan pekerja lagi. So aku try lah apply kerja situ. Punya lah banyak kena isi borang segala, 30 minit aku tunggu situ last last tak dapat pun. Frust menunggeng aku tau tak ? Aku pun redha je lah. First try kan , x dapat pun tak pe lah. Kita cuba lagi ! 

Then balik lah dengan kecewanyaa. sedih kau tau tak ? Then keesokan hari nya, aku try pulak apply Tutti Frutti. Ada tempek kertas depan kedai, perlukan pekerja. Aku jadi lega sikit. Masuk je TF terus ada pekerja lelaki yang snyum senyum macho camtu. lagi la aku semangat nak kerja situ kahkahkah. Then isi lah borang.Akak tu kata nanti boss call for interview. I was like "eh TF pun ada interview segala? ambik je lah aku ni haaa , haish " haha aku memang cerewet sikit. Then terus balik.Lepas tu baru aku teringat aku bagi no phone yang salah.patutlah boss TF tu tak call call pun. Ok redha,tak de rezeki nak kerja dengan mamat handsome macho tu haha. fine
Then tanya dominos pizza and triple recipe. Pun tak perlukan pekerja.

Last last , tanya dekat Aeon Stesyen 18 Ipoh, tanya Starbuck Coffe , pun full dah.
Then aku give up je. 

Emmmmm dan akhirnya bekerja lah aku di butik mak aku sendiri.nasib baik mak aku ada butik, kalau tak menganggur la aku jawabnya. Butik ni terletak kat Ipoh, Perak.Sape sape duk area Ipoh meh meh le singgah ye ! syok tau shopping sini, macam macam ada. jubah abaya dari Timur Tengah, dress super duper cantik tau kembang kembang ala princess gitu aww, nanti nak restock banyak lagi wide shawl ,handsock,candy socks insyaAllah. Nanti I update satu entry full tentang butik tu tau tau dengan picturesss sekaleh ! Address pun nanti update sekali dalam entry tu. Tunggu tau !

Hari hari duk melayan pelanggan . Pagi tadi sibuk mengedarkan flyers aw aw letih gile rase macam nak tercabut kaki pelanting sampai New Zealand wakaka.



Pergi kerja simple dimple je. sarung abaya hitam plain dengan tudung bawal. Almaklumlah koleksi shawl tak banyak lagi. Baru belajar so tak banyak colour shawl I tau sedih sedih. Okay I pakai abaya princess cut size S/52 (saiz Arab paling kecik aww aww I kecik) wakaka. Datang beli di butik la , boleh try try.

Kerja di butik ni pun agak mencabar jugak. Ada pelanggan yang banyak kerenah ,tapi I jenis yang penyabar (eh ye ke ? Tak kot kehkeh) . So life after spm aku tak de la lifeless sangat. Nanti aku plan nak buat cake lah, jogging lah . oh ye ! Hari tu aku pergi main badminton .1 jam RM8 je tau.Aku main 2 jam pun dah letih dan berpeluh habis. So nak pesan penganggur penganggur sekalian, duk rumah jangan asyik makan je jaga berat badan ye supaya kekal sihat wokehhh. Jom main badminton ! cara bersenam yang amat mudah.

Baru habis tengok Running Man ep 176 yang Gary kena culik tu haha lawak lawak.

OK last sekali , enjoy gambar comel ni. Ce teka ce teka sape favourite Running man member I :
(A) Song Ji Hyo
(B) Kim Jong Kook
(C) Lee Kwang Soo
(D) Gary

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Haha of course lah Ace Ji Hyo !

sape betul meh tuntut hadiah meh meh haha. She's the best wokeyhhh.Pretty, Charming , Clever, Kind and macam macam lah. She's our ace !

Goodnight
ASSALAMUALAIKUM

Monday, 30 December 2013

LAST ENTRY OF 2013

WOW ! tak sangka 2013 dah nak habis. Hari ni 31 Disember dah . Esok dah masuk 2014. 
Ahhhhh sekejapnya masa berlalu.
Banyak gila kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam tahun 2013.
Pindah sekolah , pindah rumah , jumpa kawan baru , mula-mula tak boleh sesuaikan diri, lama-lama aku cuba akhirnya boleh sesuaikan diri.
Lama-lama aku suka kawan-kawan baru aku.
Tapi tetap rindu kawan-kawan lama. Aina,Mila,Fatin,Farida dan Fifah. Aku tak lupa korang .Korang jangan lupakan aku pulak ye!

Ipoh dan Terengganu agak jauh laa.. Nak balik jumpa diorang memang susah.
Tahun 2013 aku SPM, alhamdulillah dah habis pun. Lega sikit.

Sebelum SPM bukan main lagi pikir apa nak buat lepas SPM. Bukan main lagi , nak shopping puas-puas lah, cari kerja then beli handphone baru lah, nak belajar memasak lah, menjahit lah ,macam-macam lah.
Last last satu apa pun tak buat.
Kerja aku makan tidur makan tidur . Abah cakap aku gemuk then dia bawak pergi main badminton 2 jam kat court. sampai berpeluh satu baldi , haaaa sekarang dah selim . kehkeh .
next week badminton lagi okkeeyyhh!

Hurmmm kehidupan lepas SPM ni boring teramat. Rasa macam nak lari jauh-jauh pergi oversea tapi pitih tak de lahhh sayang.

Sekarang aku kerja dekat butik mak aku. Customer tak de lah ramai sangat sebab baru bukak. Sape duk Ipoh mari lah singgah. Dress cantik2 tau ! Abaya pun ada ! Exclusive dari Arab, Dubai,Mesir. 

Lesen kereta tak lama je lagi dapat. Sekarang tunggu call untuk buat amali 3 hours. Then dapat lesen L and dah boleh mula belajar dahh. Bulan 3 dapat result, Ya Allah takutnyaaa. Tapi aku tawakal je berapa pun aku dapat. Aku dah berusaha, selebihnya urusan Allah SWT. Biar Allah yang tentukan. InsyaAllah aku boleh !

Lepas dapat result, boleh laa mula mohon mana2 university yang paling aku naaaakkk masuk. UTP of course. Dekat je dengan rumah aku tapi ayah dan mak aku sangat berharap aku dapat masuk UTP. Aku pun sama. Ayah aku sering bawak aku lalu depan UTP sebelum SPM. Maybe nak naikkan semangat aku kot. Thanks abah. sayang ni haaha

Ingatkan plan nak bukak online business insyaAllah bulan 1. aku cuba okkehh. 
 K lah nak breakfast nihhh. 

Assalamualaikum.

Eh nak bagitahu aku dah belajar pakai Shawl. Dah pakai hari tu keluar jalan2. Mula mula malu, lama2 rasa selesa pulak. keh keh 

Assalamualaikum


Red Bow Tie