WOW ! tak sangka 2013 dah nak habis. Hari ni 31 Disember dah . Esok dah masuk 2014.
Ahhhhh sekejapnya masa berlalu.
Banyak gila kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam tahun 2013.
Pindah sekolah , pindah rumah , jumpa kawan baru , mula-mula tak boleh sesuaikan diri, lama-lama aku cuba akhirnya boleh sesuaikan diri.
Lama-lama aku suka kawan-kawan baru aku.
Tapi tetap rindu kawan-kawan lama. Aina,Mila,Fatin,Farida dan Fifah. Aku tak lupa korang .Korang jangan lupakan aku pulak ye!
Ipoh dan Terengganu agak jauh laa.. Nak balik jumpa diorang memang susah.
Tahun 2013 aku SPM, alhamdulillah dah habis pun. Lega sikit.
Sebelum SPM bukan main lagi pikir apa nak buat lepas SPM. Bukan main lagi , nak shopping puas-puas lah, cari kerja then beli handphone baru lah, nak belajar memasak lah, menjahit lah ,macam-macam lah.
Last last satu apa pun tak buat.
Kerja aku makan tidur makan tidur . Abah cakap aku gemuk then dia bawak pergi main badminton 2 jam kat court. sampai berpeluh satu baldi , haaaa sekarang dah selim . kehkeh .
next week badminton lagi okkeeyyhh!
Hurmmm kehidupan lepas SPM ni boring teramat. Rasa macam nak lari jauh-jauh pergi oversea tapi pitih tak de lahhh sayang.
Sekarang aku kerja dekat butik mak aku. Customer tak de lah ramai sangat sebab baru bukak. Sape duk Ipoh mari lah singgah. Dress cantik2 tau ! Abaya pun ada ! Exclusive dari Arab, Dubai,Mesir.
Lesen kereta tak lama je lagi dapat. Sekarang tunggu call untuk buat amali 3 hours. Then dapat lesen L and dah boleh mula belajar dahh. Bulan 3 dapat result, Ya Allah takutnyaaa. Tapi aku tawakal je berapa pun aku dapat. Aku dah berusaha, selebihnya urusan Allah SWT. Biar Allah yang tentukan. InsyaAllah aku boleh !
Lepas dapat result, boleh laa mula mohon mana2 university yang paling aku naaaakkk masuk. UTP of course. Dekat je dengan rumah aku tapi ayah dan mak aku sangat berharap aku dapat masuk UTP. Aku pun sama. Ayah aku sering bawak aku lalu depan UTP sebelum SPM. Maybe nak naikkan semangat aku kot. Thanks abah. sayang ni haaha
Ingatkan plan nak bukak online business insyaAllah bulan 1. aku cuba okkehh.
K lah nak breakfast nihhh.
Assalamualaikum.
Eh nak bagitahu aku dah belajar pakai Shawl. Dah pakai hari tu keluar jalan2. Mula mula malu, lama2 rasa selesa pulak. keh keh
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment