Assalamualaikum...
Hari ini tetiba je rasa teringin nak share satu resepi yang sgt mudah dengan korang semua iaitu durian crepe..durian crepe ni merupakan hotstuff sepanjang musim durian..so aku nak try laa buat jugak..dah makan dah,,sedap sangat..bagi yang tak pernah makan lagii,,boleh laaa try buat.simple sangat nak buat ni....
haa ni laahh contoh durian crepe bagi yang tak kenal yek?? hehe cantik je berwarna warni.
Bahan-bahan :
untuk crepe (lapisan luar) :
1) 250gm tepung gandum.
2) 2 biji telur.
3) 400ml santan (2 kotak santan,,satu kotak 200ml,,so guna 2 kotak and tambah air 100ml)
4) pewarna (ikut suka,,kalau nak guna warna pink ke, kuning ke,purple ke,hitam ke,,semua boleh..hihi)
5) 1/2 sudu teh garam
untuk filling (lapisan dalam) :
6) 1 cawan Non Dairy Whipping Cream (yang sudah dipukul kental)
7) Isi durian (secukupnya)
Cara-cara :
1) campurkan kesemua bahan 1 hinga 5, kemudian blender dan tapis.
2) panaskan non-stick pan dengan api kecil. (letak minyak sikit supaya tak melekat)
3) tuang satu senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe (tak perlu terbalikkan dan biarkan
permukaan atas kering. angkat dan biarkan sejuk.
4) bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream di tengah2 (satu sudu cukup dah) ,lapis dengan
isi durian dan lapis sekali lagi dengan whipping cream ).last sekali, lipat dan simpan dalam peti sejuk.
haaaa!! senangkan?? boleh try buat kat rumah sekarang jugak..senang sangat lahh..bahan2 dia pun tak susah.whipping cream tu boleh beli dekat kedai bakery... ok apa lagi??? cuba buat....hihi
-syeerabaharuddin-
No comments:
Post a Comment